Bertuhan Di Jalanan Serikat Mahasiswa

Bertuhan Di Jalanan merupakan idea daripada aktivis mahasiswa daripada jurusan sains politik, Adam Tajul yang mahukan penglibatan mahasiswa dalam menolong gelandangan di Pulau Pinang. Mereka memilih nama bertuhan di jalanan untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa bahawa tuhan bukan hanya ada di Masjid tetapi juga ada dijalanan dan membantu mereka yang memerlukan di sana. Program ini berjaya mendapat sokongan daripada aktivis, pensyarah dan NGO sekitar Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Program ini diadakan setiap minggu dan bermula pada hari ahad, 22 Mac di Segi Tiga Lebuh Leith. Kini program ini berjalan setiap hari sabtu jam 9.00 malam . Aktiviti yang diadakan adalah seperti memberi makanan,minuman,alatan kebersihan dan keperluan lain kepada miskin kota.Turur diadakan aktiviti buku jalanan, busking dan membaca sajak.

Berkaitan